fbpx

Polis nafi buat tangkapan terhadap Papagomo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papagomo

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan telah menahan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak membuat sebarang tangkapan seperti yang didakwa di dalam media sosial.

“Kita tidak membuat sebarang tangkapan ke atas Papagomo, semalam,” katanya ringkas ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, Papagomo ketika melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok mendakwa terdapat anggota polis di hadapan rumahnya.

Dakwaan keberadaan anggota polis di hadapan rumahnya dikatakan untuk melakukan penahanan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI