fbpx

Janda warga asing antara 28 ditahan terlibat parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seramai 10 wanita warga asing berstatus janda ditahan bersama 18 yang lain dalam sebuah parti liar yang diadakan di sebuah rumah inap desa di Bentong, tengah malam semalam.

Daripada 28 yang ditahan itu, 12 daripadanya merupakan lelaki warganegara tempatan, 13 wanita warganegara Thailand dan tiga wanita warganegara Laos.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 44 tahun.

Katanya, lapan daripadanya merupakan pekebun durian dari Raub dipercayai antara individu yang menganjurkan parti liar terbabit.

“Kesemua mereka ditahan sebuah rumah inap desa yang disewa pasa kasar RM4,000 sehari pada jam 12.05 tengah malam semalam dalam keadaan mencurigakan.

“Bagaimanapun hasil ujian saringan awal dadah mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Ketamine,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang Disember 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mereka mengaku terlibat dalam penagihan dadah dan seorang suspek warganegara tempatan berusia 34 tahun mempunyai rekod jenayah lampau dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1956 di mana kesemua mereka ditahan reman selama empat hari dan dituduh di Mahkamah Bentong hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI