fbpx

2 pemilik syarikat direman tipu Datuk pelaburan pasir RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemilik syarikat ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Dua pemilik syarikat direman dua hari bagi membantu siasatan menipu dua ahli perniagaan termasuk bergelar Datuk sebanyak RM200,000 bagi pelaburan projek pembekalan pasir, tahun lalu.

Perintah reman terhadap mereka termasuk seorang wanita berusia 40an itu dikeluarkan Majistret Mohamad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, kedua-dua suspek terdahulu ditahan pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, mereka disyaki menggunakan dokumen perjanjian mengandungi butir matan palsu bagi projek yang tidak dilaksanakan mereka itu.

“Tindakan mereka dipercayai bagi memperdayakan dan mendapatkan wang pelaburan bernilai kira-kira RM200,000 bagi kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini.

“Perbuatan itu dilakukan secara bersama pada tahun lalu,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI