fbpx

TRe minat Project 2GW bernilai RM9.75 bilion di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mohamad Norza (kanan) di Dubai baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Citaglobal Bhd (Citaglobal) telah menerima kenyataan minat daripada TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), untuk turut serta dalam pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia. 

Kawasan potensi kerjasama antara TNB dan Citaglobal termasuklah Project 2GW, sebuah projek ladang solar bernilai AS$2 bilion (RM9.75 bilion) dengan kapasiti dua gigawatt (2GW) di negeri Pahang.

Konsortium dengan pegangan 60:40 untuk Project 2GW itu  terdiri daripada Masdar, Citaglobal dan Tiza Global, telah dirasmikan melalui perjanjian pembangunan bersama (JDA) pada 1 Disember lalu.

JDA tersebut telah ditandatangani semasa persidangan United Nations (UN) Climate Change Conference of the Parties (COP 28), dengan pertukaran dokumen JDA yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Mengulas mengenai projek tersebut, Pengerusi TNB, Datuk  Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya menantikan kerjasama dengan Citaglobal dan Masdar untuk Projek Ladang Solar ini. 

“Ekonomi yang kukuh dan sumber tenaga boleh diperbaharui telah menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan utama. 

“Dengan kerjasama yang semakin kukuh, kami komited untuk memajukan RE, seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria menjelaskan, TRe, yang merupakan sebahagian daripada syarikat utiliti nasional kita TNB, adalah satu kemenangan besar. 

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka. Kepakaran luas TRe dalam infrastruktur, perancangan tapak, pengurusan aset dan penilaian akan membawa nilai yang signifikan kepada Project 2GW di sepanjang kitaran hayatnya.

“Kehadiran rakan kongsi stabil dan ternama seperti TRe dan Masdar akan mengukuhkan sumber kami dari segi kewangan, infrastruktur dan perkongsian inovasi. 

“Kerjasama ini juga akan membantu dalam menjamin bekalan, menjadikan tenaga boleh diperbaharui sebagai pilihan yang lebih berdaya maju untuk menggantikan bahan api fosil,” jelasnya.

Tambah beliau, semua pihak kini berada pada laluan yang kukuh untuk bekerjasama mencapai sasaran sifar bersih dan mempercepatkan rentak peralihan tenaga global. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI