fbpx

Pengedar dicekup, tak sempat jual 1,070 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas selepas polis menahan seorang lelaki di tepi jalan di Sungai Asap B, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pengedar dadah tidak sempat menjual sebanyak 1,070 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM11,920 selepas dia dicekup semasa menunggang sebuah motosikal di tepi jalan Sungai Asap B, di sini semalam.

Suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semasa anggota polis menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota polis terpaksa bergelut dengan suspek sebelum berjaya menahan lelaki itu.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap motosikal yang lelaki itu tunggang kemudiannya menemui lima peket plastik berisi 113.0 gram pil kuda, tujuh keratan plastik berisi 7.5 gram pil sama dan satu keratan foil aluminium berisi 1.8 gram pil psikotropik dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,070 biji.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkait kes dadah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI