fbpx

Lelaki Indonesia maut diserang gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa selepas diserang gajah liar di kawasan ladang getah mukim Relai, Chiku dekat Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki warganegara Indonesia maut dipercayai diserang seekor gajah liar dalam kejadian di kawasan ladang getah mukim Relai, Chiku, di sini semalam.

Mangsa, Sandra Kirana Sinaga, 39, yang bekerja di ladang itu dijumpai terbaring dan tidak sedarkan diri di kawasan ladang tersebut kira-kira pukul 9.45 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Balai Polis Paloh 2 di sini menerima laporan mengenai kes kematian berkaitan serangan gajah pada pukul 12.14 tengah malam.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian. Siasatan di lokasi kejadian mendapati, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik, Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI