fbpx

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand bantu 1,000 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kanak-kanak dan kakitangan Ayam Brand menyertai pelancaran kempen terbaharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ayam Brand, satu jenama terkenal yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti yang sihat tanpa kandungan bahan pengawet dan tambahan MSG, kini kembali dengan inisiatif tahunannya iaitu, Kempen Komuniti Penyayang 2023. 

Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd. Teoh Wei Ling berkata,  bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand, kempen ini akan mendekati lebih 1,000 kanak-kanak dari 25 organisasi bukan kerajaan di tujuh negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat.

 Menurutnya, bukan sekadar menyumbang produk makanannya, Ayam Brand dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

 “Bagi menangani masalah penglihatan, Ayam Brand bekerjasama dengan Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. juga telah menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal terbabit.

 “Di samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat termasuk Tuna Mayones Ayam Brand, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand,” katanya dalam kenyataan.

 Ayam Brand mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini. 

“Sungguhpun demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. 

“Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” jelasnya.

 Tambah Wei Ling, Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO. -KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI