fbpx

JDT intai gelaran ‘quadruple’ kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT bakal turun untuk mempertahankan gelaran Piala Malaysia dan meraih quadruple buat kali kedua.

PASUKAN Terengganu FC diramal sukar menggugat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Kejayaan menjulang Piala Malaysia itu nanti akan memahat sejarah baharu buat JDT apabila menjadi pasukan pertama bergelar juara quadruple (empat trofi) buat dua musim berturut-turut.

Bagi pemerhati sukan bola sepak, Hasnizam Uzir berkata, walaupun ramai berpandangan pertembungan antara skuad Harimau Selatan dan skuad Penyu seimbang, sebenarnya JDT mempunyai kelebihan berbanding pasukan dari pantai timur itu.

Katanya, dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), JDT tidak terkalah dan momentum kemenangan ini akan memberi kelebihan kepada skuad kendalian Esteban Solari pada aksi final Piala Malaysia.

Tambahnya, JDT yang dibarisi pemain berkualiti di setiap posisi serta berpangalaman luas tampak sukar ditewaskan oleh Terengganu yang diperkuat pemain muda.

“Walaupun Terengganu di berada di prestasi terbaik, saya tak melihat mereka mampu mencipta ‘upset’ ke atas JDT. JDT berada di aras berbeza, di bawah bimbingan Solari, corak permainan mereka amat mengujakan.

“Bukan itu sahaja, juara Liga Super itu dibarisi pemain berkualiti dan import yang berskil tinggi, ditambah pula strategi ketua jurulatih yang ampuh, ini adalah ramuan untuk bergelar juara.

“Kekalahan 0-5 kepada Kawasaki Frontale dalam siangan Liga Juara-juara Asia (ACL) tidak menjejaskan moral pemain setelah mereka kembali rentak kemenangan setelah menewaskan Sri Pahang FC, semalam,” katanya.

Tambahnya, pasukan Terengganu perlu berusaha untuk menyerap tekanan pada aksi final itu sekiranya mahu mengejutkan pasukan JDT.

“Berbanding JDT, saya yakin mereka mampu beraksi seperti biasa dan tahu apa yang diperlukan.

“Saya kira JDT akan muncul sebagai pemenang Piala Malaysia dengan jaringan sama ada 2-0 atau 2-1 sekali gus melengkapkan kejuaraan quadruple,” katanya. – KOSMO! ONLINEE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI