fbpx

Ibu tunggal jalan 3km cari rezeki setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Atikah (kiri) bersama anak dan ibunya yang sakit ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang semalam. – ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Seorang ibu tunggal mengerah keringat dengan berjalan kaki sejauh tiga kil­ometer (km) setiap hari demi untuk mencari rezeki buat anak dan ibu kandungnya yang menghadapi masalah penglihatan sejak dua bulan lalu.

Nor Atikah Ahmad, 30, hanya bergantung dengan pendapatan bulanan sebanyak RM850 sebagai pembantu kedai makan di Kampung Sungai Serdang, Kapar di sini untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia berpisah dengan bekas suaminya sewaktu tempoh berpantang melahirkan anaknya, Mohd. Iqbal Abdullah pada Jun 2022.

“Keadaan semakin menghimpit apabila ibu saya (Saerah Che Lah) yang berusia 57 tahun cedera di mata akibat terkena getah ketika menoreh di kampung halamannya di Pekan, Pahang.

“Bapa saya pula meninggal dunia akibat sakit tua pada April lalu. Selepas itu, saya membawa ibu tinggal bersama di daerah ini,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya semalam.

Jelas wanita itu, mereka bertiga kini tinggal menyewa dengan bayaran RM350 sebulan.

“Biarpun terpaksa berjalan kaki agak jauh, saya gagahkan juga demi ibu dan anak.

“Apa yang penting mereka mendapat rezeki yang halal walaupun tidak seberapa,” katanya yang bercadang mahu berpindah ke rumah lain.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan sumbangan kepada tiga beranak itu boleh menghubungi Nor Atikah di talian 011-69770438.

Sementara itu, wakil Masjid Jamiul Ridwan Kampung Sungai Serdang, Rahim Iska membe­ritahu, pihaknya akan membantu urusan berkaitan pendaftaran Nor Atikah sebagai asnaf kepada Lembaga Zakat Selangor dalam masa terdekat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI