fbpx

Aqil masih guna tongkat ke sekolah, bersukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Aqil semasa menyertai acara lain sambil diiringi gurunya dan gambar Aqil bersama kaki palsunya,

JERANTUT – Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang kisahnya tular selepas menyertai acara larian 100 meter bersama gurunya pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023 masih lagi menggunakan kaki palsu untuk ke sekolah dan ketika berada di rumah.

Ini kerana kaki palsu yang disumbangkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh masih belum ‘serasi’ dan tidak begitu selesa ketika berjalan menyebabkan Muhammad Aqil Naufal Zaharin, 11, sukar bergerak.

Bapa saudaranya, Abdul Mutalib Mat Desa, 62, berkata, anak saudaranya masih menggunakan tongkat untuk ke sekolah dan di rumah kerana kaki palsu yang diterima awal Oktober lalu masih tidak selesa.

“Aqil Naufal cuma mampu menapak perlahan-lahan dan tidak mampu mengangkat kaki palsu seberat 3.5 kilogram.

“Disebabkan sukar bergerak, dia menggunakan tongkat termasuk ke kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan di rumah, aktiviti kokurikulum di padang pada waktu petang,” katanya di Felda Lepar Utara 4 di sini hari ini.

Aqil Naufal merupakan pelajar Program Pendidikan Inklusif Penuh (PPI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, yang dipotong kaki kirinya ketika berusia tiga tahun pada 2015 akibat jangkitan kuman.

Sementara itu, Aqil Naufal ketika ditemui mengakui dia sukar menggunakan kaki palsu tersebut kerana berat, tidak boleh dibengkokkan sekali gus membataskan pergerakan selain tidak selesa memakainya ke sekolah dan ketika di rumah.

“Saya masih menggunakan tongkat kerana selesa sejak berusia tiga tahun (selepas pembedahan) sehingga ini, malahan tidak mengganggu pergerakan di sekolah ketika belajar, membantu guru di perpustakaan, bermain mahupun ke tandas termasuk di rumah.

“Kawan-kawan bersimpati dan prihatin melihat kekurangan yang ada pada diri saya dan kerap membantu ketika membeli makanan di kantin,” kata kanak-kanak itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI