fbpx

[VIDEO] Mayat bayi ada kesan toreh pada leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengklasifikasikan kes penemuam mayat bayi perempuan sebagai bunuh susulan terdapat kesan torehan pada lehernya.

BALIK PULAU – Polis mengklasifikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan yang ditemui di atas batu persisiran Pantai Queensbay, Bayan Baru di sini semalam sebagai bunuh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, ini susulan hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu adalah disebabkan luka torehan pada bahagian leher.

“Kes diklasifikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis atau pegawai penyiasat ASP C. Jivendran Muthuliyar ditalian: 019-3469718 bagi membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, mayat bayi perempuan ditemui orang awam dalam keadaan terdampar dan tanpa seurat benang di kawasan pesisiran Pantai Queensbay.

Pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi itu pada pukul 5.55 petang.

Siasatan awal mendapati, mayat bayi berkenaan dipercayai dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di kawasan pantai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI