fbpx

Sindiket dadah pil Yaba tumpas di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (tiga dari kanan) memeriksa sebahagian pil Yaba yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebuah sindiket yang dipercayai aktif mengedar dadah jenis pil kuda di utara Terengganu berjaya ditumpaskan pada Rabu minggu lalu.

Dalam dua serbuan berasingan antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam itu, dua suspek termasuk seorang remaja disyaki anggota sindiket berkenaan berjaya diberkas di Kampung Kubang Depu, Jertih di sini.

Ketua Polis Terengganu berkata, sebanyak 7. 09 kilogram (kg) pil Yaba yang boleh memenuhi permintaan 58,000 penagih dadah berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

Beliau berkata, nilai keseluruhan dadah jenis pil Yaba terbabit dianggarkan RM385,000.

“Dua lelaki berusia 19 dan 31 tahun itu dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah terbabit.

“Serbuan pertama berjaya menemui 1.76 kilogram (kg) pil yaba sebelum membawa kepada penemuan kedua dadah jenis sama seberat 5.33 kg pula di lokasi lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Mazli berkata, serbuan sama turut merampas sebuah kereta jenis Honda Citu dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI