fbpx

Setiap hari terima laporan kes abai, dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kes peng­abaian dan penderaan melibatkan bayi serta kanak-kanak bagaikan tidak berkesudahan apabila polis Selangor menerima laporan berhubung kejadian itu setiap hari.

Kecuaian pengasuh dan per­sekitaran tidak kondusif me­rangkumi tempat yang tidak selesa dan sesuai menyebabkan trend pengabaian kanak-kanak dan bayi terus berlaku sehingga menyebabkan ada mangsa yang meninggal dunia.

Situasi itu diburukkan lagi apabila premis tersebut merupakan pusat asuhan haram dan orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan menjaga kanak-kanak.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor merekodkan sebanyak 304 kes penderaan terhadap kanak-kanak pada 2021, manakala 297 (2022) dan 191 kes tahun ini setakat Julai lalu de­ngan kebanyakan mereka yang menjadi mangsa adalah berusia dua hingga enam tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan kes yang diterima, kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan mengalami sawan diikuti pendarahan otak.

Baharudin

Menurutnya, kebiasaannya kes-kes pengabaian dan pen­deraan dilaporkan oleh doktor yang memeriksa mangsa selepas kanak-kanak atau bayi dibawa ke fasiliti kesihatan tersebut bagi mendapatkan rawatan.

“Ada juga kes yang mana pe­ngasuh menjaga lebih daripada jumlah kanak-kanak yang dibenarkan selain kekurangan kakitangan.

“Keadaan itu menyebabkan pengasuh tidak dapat mem­berikan perhatian yang cukup kerana perlu melakukan tugasan lain seperti memasak dan ­se­bagainya.

“Kanak-kanak ini sekiranya dibiarkan ada antara mereka yang bergaduh sesama sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, mengikut nisbah, jumlah yang ditetapkan adalah 10 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun untuk seorang pe­ngasuh bagi yang mengope­rasikan taska seperti ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagi orang perseorangan pula, jumlahnya adalah lima kanak-kanak atau kurang.

“Jika tidak dipatuhi, maka terjadilah keadaan yang mana kanak-kanak dihantar dalam keadaan sihat, tetapi pulang de­ngan kecederaan.

“Dalam kebanyakan kes, pihak hospital dapat menghidu kea­daan mencurigakan sama ada berlakunya pengabaian atau penderaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI