fbpx

Jadi ibu, fasa hidup terbaik Paris Hilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARIS HILTON

PELAKON dan sosialis terkenal, Paris Hilton seakan -akan tidak percaya masih mampu bergelar ibu pada usia 40-an.

Menerusi temu bual bersama People, Hilton, 42, turut mengungkap, bergelar seorang ibu merupakan fasa paling indah yang pernah dilaluinya sepanjang hidup.

Ujarnya, selepas menjadi ibu, dia merasakan kehidupannya telah lengkap, lebih-lebih lagi selepas dikurniakan sepasang cahaya mata.

Dalam diam, Hilton baru sahaja menyambut kelahiran anak keduanya iaitu bayi perempuan yang diberi nama London pada 25 November lalu.

“Saya kini ibu kepada sepasang cahaya mata. Kehidupan saya benar-benar lengkap.

“Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, fasa bergelar ibu merupakan saat paling indah yang pernah saya lalui,” ujarnya kepada majalah People.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI