fbpx

Dewan Negara: 104,315 pelajar antarabangsa menuntut di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seramai 104,315 pelajar antarabangsa direkodkan menuntut di universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang serta peringkat.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, setakat Oktober 2023, permohonan pelajar antarabangsa di Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2023-2030 yang dijangka selesai hujung tahun ini.

“Ia adalah selarasa dengan matlamat Lonjakan 8 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin mengenai pencapaian kerajaan dalam menarik minat pelajar asing mengikuti kursus pengajian di Malaysia.

Menguas mengenai Malaysia sebagai hab pendidikan serantau, Mohammad Yusof berkata, sebanyak 1,635 rekod kerjasama dicatatkan bagi UA melibatkan 76 negara melalui memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian (MoA) sebagai komitmen untuk mengantarabangsakan pendidikan negara.

“KPT telah menubuhkan Education Malaysia Global Services (EMGS) pada 2013 bertujuan memperomosi pendidikan negara di peringkat global.

“Selain itu, Pelan Tindakan National Higher Education Review Committee (NRC) juga dilaksanakan bagi memudah cara kemasukan pelajar antarabangsa di Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI