fbpx

Denda kesalahan kes merokok di Kelantan cecah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kiri) memasang kamera badan pada pegawai penguat kuasa JKNK di Wisma Persekutuan Kota Bharu semalam. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 4,702 notis kesalahan merokok dengan jumlah keseluruhan denda bernilai kira-kira RM1 juta dalam tempoh 10 bulan sepanjang tahun ini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin, berkata, notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan, sebanyak 289 kes telah didaftarkan untuk tindakan ke mahkamah.

“Sepanjang tempoh bermula Januari hingga Oktober lalu, 166 kes telah disabitkan di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 32B iaitu merokok di tempat larangan merokok dengan jumlah denda sebanyak RM54,149.

“Notis yang dikeluarkan itu melibatkan premis makanan dan lain-lain kawasan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kamera Badan Kepada 30 Pegawai Penguat Kuasa JKNK di Wisma Persekutuan Kota Bharu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, sepanjang tempoh 10 bulan operasi dijalankan, JKNK mengadakan pemantauan berkait kes rokok di 10,319 premis di seluruh negeri.

“Penguatkuasaan sentiasa diadakan dalam memastikan semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 6,451 premis makanan diperiksa sepanjang 10 tahun ini mengikut Akta Makanan 1983.

Tambahnya, sebanyak 95 buah premis makanan atau 1.5 peratus daripada jumlah itu diarah tutup sementara mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI