fbpx

7 kubur rosak akibat diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kubur di tapak perkuburan Iban Bukit Kakang, Pasai Tengah yang diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

SIBU – Tujuh kubur lama dan baharu di tapak perkuburan Iban Bukit Kakang, Pasai Tengah di sini rosak akibat diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima sebanyak lima laporan berhubung perkara itu.

Katanya laporan pertama diterima kira-kira pukul 1 tengah hari kelmarin daripada seorang wanita berusia 55 tahun, bahawa kedua-dua kubur mendiang ibu bapanya diceroboh.

“Anggaran kerugian akibat kerosakan yang dialami adalah kira-kira RM13,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zulkipli berkata usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pencerobohan di tempat perkuburan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pusat Kawalan IPD Sibu (084-364373) atau mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Kong Zheng Shien (016-8095757).

Zulkipli turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI