fbpx

Peniaga mi cedera ditikam pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV yang memaparkan seorang pelanggan bertindak menikam peniaga di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat di Ipoh semalam.

IPOH – Seorang peniaga mi cedera di perut setelah ditikam menggunakan pisau oleh pelanggan dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku sekitar pukul 6 pagi melibatkan mangsa lelaki berusia 44 tahun.

Katanya, mangsa yang cedera ditikam lelaki tidak dikenali itu kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan di hospital. Satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Usaha sedang dilakukan bagi mengesan suspek. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan gambar seorang lelaki dipercayai suspek yang menikam seorang peniaga sebelum dia bertindak melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI