fbpx

Harimau bintang berkeliaran, penduduk diarah kekal dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi dijalankan bagi menangkap haiwan itu. - Latesly

NEW DELHI, India – Seekor harimau bintang mencetuskan kegelisahan penduduk tempatan apabila dilihat berkeliaran di kawasan Ladang Sainik di New Delhi, India, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jabatan Perhutanan dengan kerjasama polis tempatan telah memulakan operasi pencarian menyeluruh untuk menangkap haiwan itu.

Seorang pegawai dari Jabatan Perhutanan Santuari Hidupan Liar Asola Bhatti, Subodh Kumar berkata: “Kami menerima panggilan mengenai harimau bintang yang dikesan pada waktu malam. Dengan bantuan polis tempatan, kami menjalankan operasi pencarian pada pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dan menemuinya berhampiran sebuah rumah ladang,” katanya. 

Pasukan itu kemudian meletakkan dua sangkar perangkap di kawasan tersebut untuk menangkap harimau bintang itu.

Arahan telah dikeluarkan kepada orang ramai dengan menggesa mereka agar menjauhi perangkap tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI