fbpx

30 tahun bersekedudukan sampai ada 6 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hasrat seorang anak untuk berkahwin membongkar rahsia ibu dan bapanya bersekedudukan hampir 30 tahun sehingga memiliki enam anak.

Perkara itu didedahkan oleh Pengasas Rumah Amal, D’Ezzya Baiti Al Jannah, Ezzya Ezza Ezzyat menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas remaja perempuan berusia 19 tahun berkenaan ingin menghantar borang nikah, namun gagal mendapat persetujuan bapanya untuk menjadi wali.

“Bertanya kepada ibunya kenapa bapa enggan jadi wali untuk urusan nikah. Wanita itu menjawab bapa tidak boleh menjadi wali, kerana mereka tak pernah berkahwin.

“Pihak agama menghubungi ibu dan bapa untuk mendapatkan kepastian. Mereka (pasangan) membuat pengakuan tidak pernah kerkahwin sehingga penamat anak seramai enam orang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai maklumat anak-anak yang mempunyai bin dan binti, ibu kepada remaja itu memberitahu urusan mendaftarkan sijil kelahiran ketika itu mudah.

“Jadi, pejabat agama minta si bapa buat akuan sumpah mengatakan dia tidak pernah barkahwin dan mahu menggunakan wali hakim untuk urusan pernikahan anaknya.

“Namun si bapa enggan memberikan kerjasama kerana takut membuka aib dan menjejaskan maruah.

“Maka, pejabat agama pun tidak dapat membantu wanita itu untuk berkahwin,” jelasnya.

Justeru, Ezzya Ezza Ezzyat berkata, remaja itu kemudian ditinggalkan oleh bakal suaminya dan membawa diri sebelum terjebak dengan najis dadah.

“Dari situ dia sudah tidak ada ‘pantang larang’ dan duduk bercampur antara lelaki dan wanita. Sambil hisap dadah, melayan pula seks bebas.

“Daripada satu kelahiran, berjangkit-jangkit jadi enam. Dah serupa dengan ibu dan bapa biologinya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI