fbpx

[TIDAK RASMI] PRK Parlimen Kemaman: Dr Sam menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri

 

KEMAMAN – Calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar secara tidak rasmi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang berlangsung hari ini selepas berjaya melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahmad Samsurii yang juga Menteri Besar Terengganu mendahului dengan majoriti 33,820 undi selepas mendapat 58,843 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 25,023 undi.

Setakat pukul 4 petang, peratusan yang turun mengundi adalah 60 peratus.

PRK Parlimen Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid dari Pas pada 26 September lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Anselm Charles Fernandis mendapati wujud unsur rasuah dalam kempen Pas di kawasan Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI