fbpx

Zakat P. Pinang peruntuk RM506,200 untuk saguhati jawatankuasa kariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Pengemaskinian Data dan Penyerahan Saguhati di Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Sebanyak RM506,200 telah diperuntukkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk diagihkan sebagai pemberian saguhati secara ‘one-off’ kepada seluruh jawatankuasa kariah di negeri ini.

Selain itu, ZPP turut memperuntukkan sebanyak RM418,000 bagi tujuan pembayaran elaun mesyuarat jawatankuasa kariah pada tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Roslan Ahmad berkata, peruntukan yang disediakan itu meliputi kenaikan kadar bayaran yang diberi kepada pemimpin di setiap kariah yang berkenaan.

Kata beliau, kenaikan kadar bayaran antara RM100 hingga RM200 itu melibatkan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi kariah serta bendahari manakala setiausaha kariah pula kekal dengan kadar bayaran yang sama.

“Secara dasarnya, kerajaan negeri amat mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal serta pembangunan syiar agama Islam di Pulau Pinang.

“Dalam Belanjawan Pulau Pinang 2023 yang lalu juga, sebanyak RM75.08 juta secara keseluruhannya telah dibelanjakan dalam usaha memartabatkan agama Islam di negeri ini,” katanya pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Pengemaskinian Data dan penyerahan saguhati berkenaan di Seberang Jaya, di sini. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali.

Dalam pada itu, seramai 130 orang Sukarelawan Pengemakinian Data yang dilantik pada 30 Januari lalu turut diberikan penghargaan pada majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI