fbpx

KDN dedah 3,470 PATI tinggal lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan seramai 3,470 warga asing melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan di negara ini.

KDN dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah berkenaan merupakan hasil operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang melibatkan tangkapan seramai 17,655 orang warga asing dan 218 majikan.

“Bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 21 September 2023, sebanyak 6,453 operasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Warganegara asing berkenaan akan dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) serta adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelas kenyataan tersebut menerusi pemberitahuan jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah terkini pelancong tidak keluar daripada Malaysia mengikut negara dan usaha kementerian untuk mengesan dan menghantar mereka pulang ke negara asal.

Tambah KDN, terdapat empat usaha dilakukan oleh kementerian bersama JIM bagi mengatasi isu berkenaan antaranya, proses tapisan awal iaitu semakan syak melalui pengeluaran visa di kedutaan atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.

Seterusnya, pemeriksaan dokumen, latar belakang dan semakan identiti pengembara berdasarkan semakan silang dengan maklumat biometrik dalam pangkalan data jabatan di pintu-pintu masuk negara.

“Ketiga, kerjasama strategik antara JIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi berkaitan yang lain bagi mengukuhkan maklumat warganegara asing berisiko ke dalam pangkalan data senarai syak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI