fbpx

Duit terpijak RM404 juta dalam akaun bank bawa bala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian wanita tersebut di linkedin.

PETALING JAYA – Seorang pembekal latihan dari Malaysia HR Forum, Hafidzah Abdullah terkejut apabila mendapati akaun banknya mempunyai baki wang lebih daripada RM404 juta.

Jelas wanita tersebut, walaupun mempunyai baki wang yang banyak, tetapi kesilapan yang berlaku dari masalah teknikal Maybank itu membuatkan hidupnya ibarat ditimpa bala.

Pengguna Maybank itu Hafidzah Abdullah menjelaskan kesilapan tersebut menyebabkan akaun banknya disekat dan usaha mendapatkan kembali akaunnya begitu sukar.

“Tiga hari semasa kesilapan teknikal tersebut kemudian berlaku ketika tempoh pembayaran gaji, seperti comedy of errors (komedi kelam kabut) yang tidak ada orang rasa kelakar.

“Bank buat tindakan untuk menyekat akaun saya tanpa sebarang notis. Untuk buka akaun balik saya terpaksa ulang alik ke cawangan Maybank berdekatan dan menghubungi bahagian khidmat pelanggan. Ini bukan masalah saya,” kongsinya di Linkedin semalam.

Dalam pada itu, tulisannya itu mendapat perhatian Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad, yang juga ketua pengurusan pengalaman pelanggan yang turut meninggalkan komen yang memintanya nombor telefon untuk dihubungi pasukan mereka.

Terdahulu, akhbar Singapura The Straits Times hari ini melaporkan bahawa Maybank memberitahu mereka bahawa isu itu telah selesai dan tiada sebarang data pelanggan dikompromi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI