fbpx

Dadah RM15.6 juta dari India, ditinggalkan di hujung jalan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZALI (kiri) menunjukkan dadah dirampas JKDM dalam dua kes berasingan pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat di Kampung Jijan, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Cubaan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa membawa masuk dadah jenis ketamin seberat 260 kilogram bernilai RM15.6 juta gagal selepas lima tong berwarna biru disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 21 November lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, kelima-lima tong berkenaan ditinggalkan di hujung jalan mati di sebuah perumahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur disita kira-kira pukul 3.50 petang.

“Siasatan awal berdasarkan label nombor rujukan di tong-tong tersebut mendapati dagangan ini masuk menggunakan laluan udara dari Lapangan Terbang Ahmedabad, Gujarat India dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dagangan tersebut bagaimanapun telah diikrarkan sebagai bahan kimia yang tertakluk kepada keperluan permit import daripada pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat di Kampung Jijan di sini hari ini.

Beliau menambah, siasatan lanjut membawa kepada penemuan maklumat dua lelaki yang dipercayai merupakan suspek utama dalam kes berkenaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada 8 November lalu, Sazali berkata, pihaknya berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 12 kg dan menahan seorang lelaki warga asing di lot parkir restoran makanan segera di Sijangkang, Selangor.

“Hasil pemeriksaan menjumpai sebuah beg bewarna hitam di tempat duduk belakang disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat 12 kg dan dianggarkan bernilai hampir RM400,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI