fbpx

[VIDEO] Sihir itu syirik, tidak boleh guna lawan Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBUATAN sihir adalah syirik di sisi Islam. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Orang Islam tidak boleh menggunakan sihir untuk melawan musuh Islam kerana sihir itu pada hukum asasnya ialah syirik.

Jelas Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd. Izhar Ariff Mohd, kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.

Perkara tersebut dikongsikan beliau melalui hantarannya di Facebook ketika beliau sedang memberi ceramah di Surau Putra Al-Amin.

“Pendatang yahudi membunuh orang Islam dan kemudian kita orang Islam pula mahu membunuh mereka (pendatang yahudi) dengan cara menghantar sihir.

“Sihir itu syirik dan tindakan untuk melawan musuh Islam dengan kesyirikan itu membuatkan kita mati kafir,” katanya.

Tambahnya, cara terbaik untuk melawan pendatang yahudi (Zionis) ialah melawan dengan ilmu dan benda yang boleh membuatkan mereka gentar.

“Ini masjid pun tak datang, nak lawan yahudi, pakai sihir pula tu,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI