fbpx

Pengecualian visa selama 30 hari tidak patut jadi isu kaum, agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India tidak patut dijadikan sebagai isu agama atau perkauman.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pasaran pelancong dari Cina dan India antara pasaran pelancong penting bagi Malaysia.

“Pengecualian visa merupakan inisiatif penting dalam merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara terutama bagi kedua-dua negara pasaran ini yang mempunyai populasi yang ramai dan pastinya akan menarik jumlah kemasukan pelancong yang ketara.

“Membawa impak positif kepada industri pelancongan dan menjangka peningkatan bilangan pelancong India atau China secara tidak langsung menjana ekonomi seperti perhotelan, peruncitan, pengangkutan dan sebagainya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung impak positif pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India ke atas objektif mencapai sasaran 25 juta pelancong luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China, India mulai 1 Disember ini.

Ketika ini negara-negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan menikmati kemudahan pengecualian visa.

Kemudahan kemasukan ke Malaysia tanpa visa itu turut turut dinikmati lapan negara ASEAN lain yang membenarkan lawatan bagi tujuan sosial, melancong dan perniagaan sehingga 30 hari.

Perdana Menteri bagaimanapun dipetik berkata, pengecualian itu tertakluk kepada tapisan keselamatan bagi semua pelancong dari negara berkenaan yang berhasrat memasuki Malaysia.

Menjawab soalan tambahan Guan Eng, King Sing berkata, dari Januari hingga September lalu Malaysia menerima 1.02 juta pelancong dari China dan lebih 472,000 pelancong dari India.

Menurut beliau, satu mesyuarat akan diadakan oleh kementeriannya mengenai pelaksanaan promosi yang lebih agresif untuk menambah pelancong masuk ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI