fbpx

Mangkuk tandas terbakar ketika buang air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap muncul secara tiba-tiba sebelum mangkuk tandas tersebut terbakar. – Oddity Central

BEIJING  –  Seorang lelaki di China nyaris menjadi mangsa insiden kebakaran sebuah mangkuk tandas pintar yang secara tiba-tiba,  meletup ketika dia membuang air, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lelaki dari Xiamen, wilayah Fujian, merakam kejadian itu pada 10 November lalu dan memuat naik di laman media sosial.

Menurut lelaki berkenaan, ketika kejadian, dia sedang menggunakan tandas apabila asap muncul secara tiba-tiba.

Melihatkan asap semakin banyak, lelaki tersebut bingkas bangun daripada  tempat duduk mangkuk tandas. Tandas itu kemudian terbakar.

Punca kejadian belum didedahkan, namun lelaki tersebut percaya bahawa ia disebabkan oleh litar pintas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI