fbpx

‘e-kredit RM100, dah tak payah pinjam kat Nur Nilam Sari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata rakyat dewasa teruja dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, tentang pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 yang akan dibuka mulai Isnin ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai yang menzahirkan kesyukuran dan tidak kurang juga membilang hari menunggu tibanya waktu berkenaan.

“Alhamdulillah rezeki. RM100 tu kena syukur nanti Allah akan tambahkan lagi nikmat,” kata Adamm.

“Petrol dua minggu, Alhamdulillah,” ujar Khairul Ishak.

Namun dalam masa sama, petikan lirik lagi Nur Nilam Sari yang ditukar kepada Pinjam Seratus Nur Nilam Sari di TikTok baru-baru ini, kembali hangat diperkatakan dan turut dikaitkan dengan program eMADANI berkenaan.

“Okey dah tak payah pinjam RM100 dah kat Nur Nilam Sari,” komen Mia Lynn.

“Aisehmen, tak jadi aku nak pinjam RM100 kat Nur Nilam Sari,” gurau Jenal Azh.

“Jangan lupa bayar balik pinjam RM100 nur Nilam Sari hari tu,” seloroh MNasrul MYusuf.

Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI