fbpx

Dewan Rakyat: RUU Kawalan Produk Merokok diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini melalui undian suara.

Ia diluluskan dengan lebih suara Ahli Parlimen bersetuju selepas RUU berkenaan dibentangkan buat kali kedua oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Seramai 27 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasannya yang berlangsung dua hari tersebut.

RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menimbulkan kontroversi apabila dibentangkan semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Ia menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Pindaan terma Generasi Penamat (GEG) kepada Orang Belum Dewasa (OBD) dalam RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat oleh Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Pada 18 November lalu, Peguam Negara dipetik sebagai berkata, peruntukan di bawah RUU itu bercanggah dan boleh dicabar berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan hak kesamarataan.

Peruntukan berkenaan didapati mewujudkan layanan undang-undang tidak sama rata antara seseorang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan individu yang dilahirkan pada dan selepas tarikh sama.

RUU berkenaan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 27 Julai 2022 oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang ketika itu dinamakan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI