fbpx

Bekas CEO dipenjara sehari mengaku menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aziedy ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini.

BUTTERWORTH – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dipenjara sehari dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang wanita berhubung pembekalan peralatan keselamatan, tujuh tahun lalu.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Aziedy Abd Talib, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa telah memperdaya kakitangan Mutiara.Com Sdn. Bhd. bagi mendorong bayaran berjumlah RM50,000 dan RM25,000 bagi kerja-kerja pembekalan peralatan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pemasangan interkom bagi projek pangsapuri Seri Bayu, Daerah Barat Daya.

Bagi pertuduhan ketiga, Aziedy didakwa memperdaya kakitangan sama bagi mendorong bayaran sebanyak RM40,000 bagi kerja-kerja perkhidmatan “Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service” yang mana tertuduh mengetahui ia tidak benar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh diwakili peguam Ang Chun Pun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI