fbpx

Banjir Terengganu hampir pulih, tinggal 3 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak 11 hari lalu semakin hampir pulih sepenuhnya dengan hanya tiga mangsa yang masih terjejas.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, tiga sekeluarga itu berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu.

“Seramai 19 mangsa banjir yang sebelum ini turut berada di PPS sama telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat hari ini.

“PPS SK Rhu Sepuluh, Setiu pula telah menutup operasi sepenuhnya pada semalam,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, cuaca kebanyakan kawasan di negeri ini dilaporkan mendung.

Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak 20 November lalu telah menjejaskan lebih 4,700 mangsa daripada lebih 1,200 keluarga.

Ia menjejaskan tujuh daerah di negeri ini kecuali Hulu Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI