fbpx

Residensi komuniti warga emas pertama negara dibuka di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin meninjau bangunan residensi warga emas itu di Klang, hari ini.

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan residensi komuniti warga emas pertama di Malaysia yang berkonsepkan ala resort.

Sultan Sharafuddin yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli meninjau bangunan dan kemudahan Pacific Senior Living @ Acacia di Lebuh Enggang di sini.

Turut mengiringi baginda berdua adalah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn. Bhd., Carl Nicholas Isaac berkata, Klang dipilih pihaknya sebagai lokasi pertama kerana faktor demografi penduduknya yang ramai warga emas.

“Selain itu, ia terletak berdekatan pusat penjagaan kesihatan dan hospital sama ada kerajaan atau swasta. Kedudukan lokasinya juga amat strategik di pusat bandar Klang dan tidak jauh dari bandar raya Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran residensi itu, hari ini.

Kediaman Acacia dibuka kepada individu berusia 60 tahun ke atas dengan harga penginapan bermula RM8,500 sebulan dan ia menawarkan 136 bilik yang direka teliti menerusi tiga susun atur berbeza berukuran 312 kaki persegi hingga 592 kaki persegi iaitu jenis Superior, Eksekutif dan Premier.

Jelas Isaac, residensi itu menampilkan suasana seperti resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti bagi warga emas.

“Ia menawarkan pelbagai kemudahan komprehensif termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku dan bilik hiburan. Acacia turut menyediakan kemudahan khusus seperti perkhidmatan fisioterapi dalaman dan bengkel hobi bagi memenuhi pelbagai minat penghuni,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI