fbpx

Ramai suka S70, harga marhaen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton S70.

PETALING JAYA – Sebaik sahaja Proton S70 dilancarkan semalam, ada dalam kalangan orang ramai yang menggigit jari kerana sudah membuat tempahan kereta jenama lain.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna memuji harga Proton S70 yang dikatakan mampu milik dengan pilihan empat varian.

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Firdaus berkata, kereta keluaran terbaru itu menyebabkan dia berasa menyesal kerana sudah membeli kereta jenama luar negara baru-baru ini.

“Gigit jari tengok harga. Bukan apa, sebab sudah terbeli kereta lain yang agak mahal sedikit. Menyesal betul tak tunggu S70 ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Gomez berkata, harga yang ditawarkan untuk kereta tersebut berbaloi.

“Kira harga memang berbaloi dan didatangi dengan empat pilihan harga. Terpulang pada pengguna untuk pilih mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Ezmira mengakui, Proton S70 merupakan kereta tempatan pertama yang menambat hatinya.

“Pertama kali jatuh cinta tengok kereta Malaysia. ‘Design’ nampak trendy orang muda pakai pun sesuai, hujung minggu ini nak pergi show room Protonlah,” katanya.

Terdahulu, Proton S70 menawarkan empat varian iaitu Flagship X, Flagship, Premium dan Executive dengan harga bermula daripada RM73,800.

Selain itu, harga atas jalan tanpa insurans bagi varian 1.5T Premium ialah RM79,800, 1.5T Flagship (RM89,800) dan 1.5T Flagship X (RM94,800). – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI