fbpx

Penceraian pasangan Islam Terengganu naik 20 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kes penceraian dalam kalangan pasangan Islam di Terengganu meningkat 20 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim berkata, sebanyak 1,855 kes penceraian telah direkodkan di negeri ini sejak awal tahun ini.

“Dalam tempoh sama pada tahun lalu, sebanyak 1,656 kes perceraian telah berlaku. Banyak alasan pasangan untuk bercerai agak remah, mungkin mahu menyembunyikan masalah sebenar,” katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Maliaman (Pas-Ajil) berkata, antara alasan bercerai diberikan ialah gangguan orang ketiga, pengaruh media sosial, masalah kewangan dan pegangan agama lemah.

Sehubungan itu, beliau berkata,kerajaan negeri Terengganu akan memperhebatkan lagi program kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat bagi mengatasi masalah perceraian yang agak tinggi berkenaan.

“Saya rasa tercabar juga lah sebab saya pengerusi portfolio keluarga dan pembangunan wanita (Terengganu).

“Jadi, kita melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan ambil berat tentang masalah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI