fbpx

EPL: Arsenal sukar menang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA serangan Arsenal musim ini dilihat tidak begitu tajam ekoran persembahan kurang memberangsangkan beberapa pemain tonggak . - AFP

LONDON – Pengkritik saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Jamie Carragher mengakui ragu dengan kemampuan Arsenal untuk mencabar kejuaraan utama musim ini ekoran aksi ‘biasa’ yang dipamerkan oleh jentera serangan pasukan itu.

Pada aksi awal pagi Ahad lalu menyaksikan Arsenal berjaya meraih kemenangan selepas menundukkan Brentford 1-0 untuk melonjak ke kedudukan teratas EPL dengan kelebihan satu mata untuk mengatasi Manchester City.

Namun, kemenangan itu tidak begitu mengujakan Carragher terutama kuartet serangan Arsenal dianggotai Martin Odegaard, Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus yang tidak begitu memukau.

“Kita sudah sampai ke suku musim, jika ini adalah Arsenal yang kita lihat musim ini, saya tidak fikir mereka mampu memenangi saingan EPL.

“Mereka menang dengan jaringan 1-0, tetapi perlawanan itu juga mungkin menyebabkan mereka tewas 0-1. Mereka tidak konsisten dalam mengekalkan tahap kepantasan, mencipta peluang dan pergerakan yang baik di padang.

“Saya hanya melihat Arsenal yang sama, tiada perbezaan. Mereka memiliki pemain serangan yang bermain pada tahap ‘biasa-biasa’ berbanding musim lalu yang lebih menyengat,” katanya.

Kenyataan yang diberikan Carragher itu seakan ada asasnya apabila hanya Saka yang berjaya menjaringkan lebih empat gol dan umpanan jaringan menyebabkan legenda The Gunners, Freddie Ljungberg memiliki teori tersendiri mengenai ketumpulan jentera serangan pasukan itu.

“Musim lalu mereka lebih pantas ketika menyerang dan tajam ketika bergerak bersama bola. Musim ini menyaksikan banyak pasukan sudah memahami cara Arsenal bermain dan mereka tahu apa pendekatan yang perlu digunakan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI