fbpx

Dewan Rakyat perlu lafaz Rukun Negara setiap kali pembukaan penggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari pada sidang Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan bahawa lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan bagi setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat.

Johari berkata, lafaz tersebut akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama pada setiap penggal parlimen.

Jelasnya, perlaksanaan lafaz itu dibuat selepas beliau menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Perpaduan mengenai cadangan supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip di dalam Dewan Rakyat.

“Saya membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia dan juga Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan.

“Kedua-dua Jawatankuasa ini bersetuju untuk melaksanakan lafaz Rukun Negara ini di Dewan Rakyat.

“Oleh itu, saya memahsyurkan agar lafaz Rukun Negara ini dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama pada setiap penggal parlimen,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Johari turut memaklumkan bahawa sehingga kini seramai 213 orang ahli Dewan Rakyat dan enam Senator ahli pentadbiran telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua. Namun begitu, seramai lapan orang ahli Dewan Rakyat belum lagi menjalankan pemeriksaan kesihatan.

“Kepada Yang Berhormat yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan ini, sila buat dengan kadar segera dan hubungi klinik parlimen.

“Nama-nama Ahli Yang Berhormat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan akan dipaparkan pada 1 Disember ini,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI