fbpx

[VIDEO] Anak siapa nakal sangat ini, ‘intai’ orang dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tular, milik @auzywhynot.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila dirinya diintai oleh seorang kanak-kanak di tandas awam sebuah pasar raya.

“Semasa saya berada di dalam tandas, saya mendapati seseorang mengintai dari bawah lantai,” katanya.

Kanak-kanak itu juga dikatakan mengelilingi sekitar tandas tersebut sehingga membuatkan lelaki itu tidak selesa untuk membuang hajat.

Walaupun kejadian itu menimbulkan rasa ragu-ragu, lelaki itu memilih untuk bersikap positif.

Dia mengesyaki mungkin kanak-kanak itu sedang mencari bapa atau abangnya.

Ramai yang mempersoalkan mengapa dia tidak menegur dan memarahi kanak-kanak itu.

“Saya bukan tidak tegur cuma saya tak rekod sahaja. Saya juga nak jaga aib kanak-kanak dan keluarga dia.

“Apabila saya keluar dari tandas, kanak-kanak itu pun meluru keluar dan terus menuju ke arah keluarganya,” jelasnya.

Insiden yang berlaku itu telah menjadi tular di TikTok dan mendapat tontonan lebih 1.9 juta. – KOSMO! ONLINE

@auzwhynot Awasi anak2 Anda yer…Nasib baikk smpat buka sluar je n cepat perasan kalau tak percuma kau tgok wayanggg freee dik….nasib budak..kalau tak mmg aq sepak je kapala kau tadi…cuma pkir kan budak2 kot dia cari ayah dia ke abg dia kee tapi mkin pelik pulak sampai semua lubang kt situ kau tonggeng ngintai dek..isisisiaisi risauu besaa jdi pengintip bersiri… #fyp#fypviralシviral #fypage #fypシ #masukberandafyp #awasianakanda #toiletkepalaorang ♬ bunyi asal – BINGBO👀

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI