fbpx

Harimau dahan mati dilanggar kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau dahan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Naka, Kuala Nerang awal pagi ini.

KUALA NERANG – Seekor harimau dahan jantan ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di hadapan Masjid Al-Huda, Gajah Mati di Jalan Naka, dekat sini awal pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Roshidi Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bangkai haiwan tersebut kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor harimau dahan seberat kira-kira 30 kilogram yang telah mati di tepi jalan dari Pokok Sena menuju ke Naka.

“Kami kemudiannya membawa bangkai haiwan tersebut ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menyiasat mengenai kemunculan haiwan tersebut.

“Haiwan itu merupakan spesies terancam dan ada kemungkinan haiwan itu tersesat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI