fbpx

Didenda lebih RM9,000 kerana bawa sandwic ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMSTRONG (kiri) didenda hampir RM10,000 kerana membawa masuk roti sandwic ke Australia, Mei lalu. - Foto Newshub

WELLINGTON – Seorang wanita New Zealand yang melancong ke Australia didenda NZ$3,300 (RM9,395) kerana memasuki negara itu dengan membawa sandwic ayam yang belum dimakan, lapor laman berita South China Morning Post kelmarin.

June Armstrong, 77, terbang dari Christchurch menuju lapangan terbang Brisbane di timur laut Australia pada 2 Mei lalu, lapor laman berita The New Zealand Herald.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia hanya mengulas kejadian itu kira-kira enam bulan kemudian selepas dihubungi New Zealand Herald.

Armstrong berkata, dia membungkus sandwic di dalam begnya sebelum penerbangan dan terlupa untuk mengisytiharkan sandwic itu.

Wanita itu memberitahu bahawa dirinya bergelut untuk membayar denda kerana dia dan suaminya bergantung pada wang pencen mereka.

“Semua orang yang saya tunjukkan denda itu terkejut, mereka tidak mempercayainya,” tambah Armstrong.

“Daging mempunyai syarat import yang ketat,” kata seorang jurucakap pihak berkuasa dan menjadi satu kesalahan untuk membawa barang makanan dilarang ke Australia. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI