fbpx

[VIDEO] Calon Warisan PRU15 Parlimen Kuala Pilah didakwa tipu urusan pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Azman (kanan) untuk didakwa di Mahkamah Majistret Jeli, Jeli hari ini.

JELI – Calon Parti Warisan (Warisan) bagi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu wang seorang lelaki sebanyak RM171,500 dalam urusan pembalakan yang tidak wujud, dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Azman Idris, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa menipu Chin Yet Lun, 37, dengan memperdayanya dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank milik tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di Mukim Belimbing, Batu Melintang di sini pada 27 September 2021 hingga 10 Disember 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Kamilah menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah selepas melihat tertuduh mempunyai banyak sejarah penerbangan.

Azman dalam rayuannya memohon jaminan tersebut dikurangkan kerana pendapatannya ketika ini tidak menentu selain menanggung isteri dan empat orang anak.

“Pada usia 55 tahun ini, pendapatan saya juga tidak menentu. Mohon jaminan itu dikurangkan dan saya akan melantik peguam selepas ini,” katanya.

Nik Habri sebelum menetapkan jumlah ikat jamin mengingatkan Azman bahawa kesalahan yang dilakukannya itu berat.

“Berat kes kamu ini. Kerugian yang dialami mangsa juga tinggi,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan sebelum Khamis ini selain menetapkan 31 Disember depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Pada PRU15 yang lalu, Azman hanya memperoleh sebanyak 333 undi selepas bertanding lima penjuru di Parlimen Kuala Pilah.

Calon Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan menang di tersebut dengan menewaskan empat calon lain iaitu Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith yang memperoleh 11,560 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Nor Azman Mohamad (14,940 undi), calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Kamarulzaman Kamdias (406) dan wakil Warisan, Azman (333). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI