fbpx

Tersingkir GV10, Ramli MS suspek Aliff Aziz ada masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI MS

SHAH ALAM – “Saya rasa dia ada masalah minggu ini.”

Demikian respons ketua juri All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS mengenai persembahan penyanyi Aliff Aziz yang diumumkan tersingkir pada minggu suku akhir semalam.

Menurut Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, Aliff, 32, dilihat seperti hilang fokus selain kualiti nyanyiannya kurang memuaskan.

“Saya rasa dia ada masalah. Tidak pernah dengar dia menyanyi dengan begitu banyak kesalahan seperti hari ini (semalam).

“Dia hilang fokus, sangat ketara pada bahagian nyanyian dan penjiwaan lagu.

“Dia tertinggal jauh apabila ada peserta yang buat persembahan lebih bagus. Markahnya dengan Liza Hanim sangat jauh beza,” katanya kepada HibGlam selepas konsert minggu ke-10 yang berlangsung di Auditorium MBSA semalam.

Sementara itu, Ramli berkata, kedudukan Liza di tangga kedua tercorot adalah disebabkan persembahan tidak mencapai penanda aras (KPI) yang diharapkan pada minggu ini.

“Saya rasa dia memang tak sihat minggu ini tetapi masih lagi ada kestabilan daripada aspek teknikal.

“Bukan tahap KPI dia tetapi masih lagi stabil.

“Dia juga gunakan pengalamannya sebagai penyanyi untuk terus memberikan hasil yang terbaik,” ujarnya.

Semalam, impian Aliff yang merupakan juara GV musim kelapan untuk ke pentas semifinal GV10 terkubur apabila diumumkan tersingkir.

Aliff yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Cindai dan Gambus Jodoh itu mendapat markah terendah iaitu sebanyak 55.75 peratus.

Pentas separuh akhir bakal menyaksikan lapan peserta iaitu Naqiu, Hady Mirza, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina dan Liza berentap merebut peluang ke konsert akhir GV10.

Juara GV10 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi manakal konsert akhir pula akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI