fbpx

Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan sebahagian dari barang kes yang akan dilupuskan dianggarkan bernilai RM5.43 juta di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor melupuskan sebanyak 322.13 kilogram (kg) dan 1,562.6 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM5.43 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pelupusan itu melibatkan 3,214 kes yang berjaya diselesaikan antara tahun 2000 hingga 2022.

Menurut beliau, kesemua barang kes itu akan dilupuskan Pusat Kualiti Alam di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan untuk dilupuskan menggunakan kaedah insinerator.

“Dadah yang dilupus melibatkan heroin seberat 10.42 kg; kanabis (28.38 kg); ketamin (15.04 kg); methamphetamine (8.03 kg); methylene methamphetamine (10.35 kg); daun ketum (235.43 kg) dan pelbagai jenis dadah lain melibatkan berat 4.45 kg serta 1,562.60 liter.

“Bagaimanapun, jumlah pelupusan dadah yang dilakukan tahun ini kurang sedikit berbanding tahun lalu melibatkan dadah sebanyak 301.54 kg dan 6.42.47 liter dengan anggaran nilai RM6.11 juta.

“Ini memang prosedur operasi standard (SOP) kita yang mana kesemua barang kes itu akan dilupuskan dengan kaedah tertentu agar tidak mencemarkan alam sekitar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Kamarul Zaman turut memberitahu, pihaknya telah berjaya menahan seramai 15,167 suspek atas pelbagai kesalahan dadah melibatkan rampasan dadah sebanyak 4.65 tan bermula 1 Januari hingga 20 November lalu.

“Keseluruhan dadah yang dirampas adalah bernilai RM33.77 juta manakala harta benda yang disita pula bernilai RM13.15 juta,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI