fbpx

Nak bantu bapa tapi tersepit pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dalam keadaan selamat. Foto BBP Ayer Keroh.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki tersepit separuh badan di tingkap rumahnya gara-gara cuba membantu menghulurkan kunci rumah kepada bapanya di Pangsapuri Pasir Puteri, Ujong Pasir, di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang berusia enam tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd. Nor Mohd. Sheh berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.10 tengah hari dan sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kita mendapati seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan tersepit separuh badan di tingkap rumahnya, namun berjaya dikeluarkan dalam masa 10 minit tanpa kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bapanya yang berada di koridor cuba memanjat masuk tetap gagal kerana kedudukannya terlalu rendah untuk sampai tingkap tersebut.

“Ketika pasukan tiba tombol pintu rumah itu juga telah pecah disebabkan bapanya cuba membuka pintu tersebut, namun usaha itu tidak berhasil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI