fbpx

‘Lelaki harapan terakhir wanita, jangan kahwin dua tau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiz dikatakan antara lelaki terakhir harapan wanita untuk mempercayai lelaki setia itu wujud.

PETALING JAYA – Selain Alif Satar, nama pempengaruh yang dikenali ramai, Hafiz Mahammad turut melonjak naik dan tersenarai menerima gelaran ‘lelaki harapan terakhir wanita’ sebagai insan yang setia kepada seorang isteri.

Nama Hafiz mula naik lantaran isu pempengaruh, Alif Teega yang menjadi bualan orang ramai sejak semalam, apabila dia membuat pengakuan berpoligami.

Menerusi hantaran di laman X, rata-rata pengguna menyeru Hafiz Mahammad untuk tidak melibatkan diri mahupun terdetik hati untuk berpoligami.

“Abang jangan kahwin dua tau, jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik,” rayu @pudynzyazn.

“Tinggal Hafiz Mahamad dan Syahmi Sazli. Dua ni kalau kahwin lain juga memang sah lelaki bermasalah. Tolong jaga maruah kami lelaki yang tidak bersalah,” seloroh seorang pengguna laman sosial.

“Hafiz Mahammad lelaki harapan terakhir! Kalau Hafiz curang dengan Aina, aku tak percaya lelaki dah! Tengoklah macam mana Hafiz ini obses dan hargai isteri dia,” demikianlah antara selorohan pengguna laman sosial berhubung isu poligami pempengaruh lain yang buat hal.

Pasangan pempengaruh, Hafiz Mahammad dan isterinya Syafiqah Aina sering membuatkan orang ramai ‘cair’ dengan keintiman yang dipamerkan di laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI