fbpx

DUN P. Pinang: Kerajaan negeri lulus permohonan bina asrama warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri telah meluluskan dua permohonan bagi pembinaan asrama pekerja di kawasan Teluk Kumbar, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, berdasarkan kelulusan yang telah diperakukan di Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, anggaran sebanyak 32,680 orang pekerja warga asing akan ditempatkan di kawasan Teluk Kumbar.

“Permohonan pembinaan asrama adalah melibatkan pembinaan satu blok bangunan asrama pekerja setinggi 27 tingkat.

“Ia terdiri daripada ruang kedai enam unit di aras satu, kemudahan rekreasi di aras satu satu dan dua dan 26 tingkat asrama pekerja melibatkan 512 unit di atas lot 1859, 1860 da 1865, Tingkat Teluk Kumbar ,Mukim 9, Teluk Kumbar oleh Tetuan Chong Company Sdn. Bhd.,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mooi Lye (DAP -Jawi) menjawab soalan Mohamad Shukor Zakaria (Pas -Pulau Betong) mengenai status pembinaan asrama warga asing di Teluk Kumbar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI