fbpx

Liga Super: Sentuhan ’emas’ Akmal Rizal kejutkan penyokong Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi perebutan bola di udara melibatkan beberapa pemain SPFC dan Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, petang tadi.

LANGKAH kanan buat bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli apabila sentuhan pertamanya selaku pengendali sementara berjaya membawa Penang FC meraih kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang FC (SPFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, petang ini.

Kemenangan itu merupakan yang pertama diraih gol skuad Harimau Kumbang itu selepas hanya mampu memungut satu mata hasil satu keputusan seri dan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir sebelum ini.

Menguasai 10 minit pertama permainan, tuan rumah hampir di depan seawal minit ke-9 menerusi Mohammad Khairul Akmal Rokisham namun rembatan deras luar kotak penalti oleh pemain pertahanan itu sekadar menggegar tiang gol pelawat.

Enam minit berselang, ayam tambatan Tok Gajah, Rafael da Silva akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan untuk Pahang selepas memanfaatkan sepenuhnya kekalutan di hadapan gawang Penang FC untuk gol pertama perlawanan.

Penyerang import kelahiran Nigeria, Abdeen Abdul berjaya menanduk masuk gol yang dicari-cari oleh tuan rumah berpunca daripada satu sepakan sudut.

Anak-anak buah Fandi Ahmad bagaimanapun kembali mendahului pada minit ke-62 hasil rembatan cantik luar kotak penalti oleh Muhammad Syazwan Andik Mohd. Ishak.

Kerja keras tuan rumah akhirnya berhasil apabila pemain tengah mereka, Muhammad Izzat Zikri Iziruddin meledak rembatan separuh voli untuk gol ketiga Harimau Kumbang dari luar kotak penalti pada minit ke-70.

Meskipun diasak hebat oleh SPFC untuk gol penyamaan, Penang FC terus kental bertahan untuk meraih tiga mata pertama selepas kali terakhir berbuat demikian pada aksi di laman sendiri ketika menewaskan Kelantan 4-3, Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI