fbpx
ASPEK kewangan merupakan kriteria penting untuk menambah pasangan bagi mengelak ada isteri yang teraniaya. – GAMBAR HIASAN

Ada hati nak berbini dua walau tak cukup duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – “Saya memang tak setuju untuk bermadu kerana bimbang suami tidak mampu sebab dia selalu tak cukup duit.”

Demikian pengakuan wanita dikenali sebagai Nur Aini, 41, yang pernah menolak hasrat suaminya untuk bernikah dengan rakan sepejabat tiga tahun lalu.

Menurut Nur Aini, tindakan itu dibuat selepas mengambil kira aspek kewangan suaminya berusia 45 tahun, namun lelaki itu tetap berkeras mahu bernikah lagi dengan alasan calon isteri kedua itu mempunyai kerjaya dan pendapatan sendiri.

“Saya terangkan dia tanggung komitmen tinggi setiap bulan.

“Dia perlu jelaskan ansuran kereta lebih RM1,000 sebulan, pinjaman peribadi, hutang kad kredit, bil dan belanja sekolah anak-anak. Saya rasa dia hanya mempunyai baki gaji kurang RM1,000 setiap bulan,” katanya.

Jelasnya, adakalanya suami­nya yang juga eksekutif pemasaran dengan gaji RM4,000 sebulan terpaksa meminjam wang daripadanya, sementara menunggu gaji pada hujung bulan.

“Apabila mahu beli barangan kelengkapan sekolah anak-anak atau baju raya, dia guna kad kredit menyebabkan hutangnya makin menimbun,” ujarnya.

Namun, luluh hati wanita itu apabila suami tetap bernikah dengan wanita pilihannya di Thailand tanpa persetujuan.

“Saya terpaksa bermadu walaupun kewangan keluarga makin terbeban. Suami sering culas menyediakan keperluan termasuk barang dapur,” tambahnya.

Sementara itu, ibu tunggal dikenali sebagai Maz, 50-an, pula memberitahu, dia bercerai d­engan bekas suaminya yang juga suami orang selepas diabaikan nafkah.

“Bekas suami kerja kampung dia terpaksa tanggung isteri pertama, dua anak serta ibu. Saya juga bekerja untuk bantu suami. Awal tahun ini, bekas suami tidak lagi bekerja dan kami kerap bergaduh sebelum saya diceraikan pada Februari lalu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN