fbpx

Sukarelawan Bencana CDA sedia hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANNDZRI (empat dari kiri) merasmikan penubuhan Sukarelawan Bencana CDA dan Persediaan Menghadapi Bencana Bersama Komuniti di Dewan Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Parlimen Tenggara menubuhkan Sukarelawan Bencana Civil Defence Auxiliary Member (CDA) sebagai kesiapsiagaan dalam mendepani bencana banjir di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, penubuhan CDA di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu menyasarkan semua penduduk peringkat umur untuk menjadi ahli.

Katanya, beliau juga meluluskan peruntukkan sebanyak RM50,000 untuk penubuhan CDA itu bagi membeli barangan keperluan sukarelawan tersebut termasuklah peralatan pasca banjir.

“Kawasan Parlimen Tenggara di bawah daerah Kota Tinggi mempunyai kawasan yang sering terlibat dengan banjir terutama pada hujung tahun yang melibatkan kawasan taman, kampung dan kawasan Felda juga tidak ketinggalan banjir di mana ada yang berlaku sejak 20 tahun lalu secara berulang-ulang.

“Oleh itu, seiring pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan iaitu pendekatan keseluruhan kerajaan, maka penubuhan pasukan sukarelawan bersama komuniti ini akan meningkatkan keberkesanan dan migitasi, persedian menghadapi bencana banjir di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penubuhan Sukarelawan Bencana CDA dan Persediaan Menghadapi Bencana Bersama Komuniti di Dewan Kampung Sungai Telor di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI