fbpx

Kadar STR ditambah jika ia beri kesan kepada rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaaan bersedia meningkatkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) jika penyasaran subsidi dilaksanakan kelak memberi kesan kepada golongan yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan akan tetap melaksanakan subsidi bersasar dan pada masa sama menyediakan jaringan keselamatan lebih efektif untuk golongan rentan dan miskin.

“Tidak ada kadar tambahan (kenaikan kos) rakyat, tapi tidak untuk 10 peratus yang (berpendapatan) teratas. Menerusi pelaksanan subsidi bersasar ini, kita (kerajaan) dapat menyelamatkan hampir RM4 bilion daripada penyasaran subsidi ini.

“Saya beri jaminan andai kata penarikan subsidi berlaku dan mengesankan kepada rakyat, kita akan tambah STR supaya mereka dapat tampung kerugian itu,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 di sini, malam tadi.

Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar yang juga Presiden PKR mengingatkan semua pihak supaya tidak terikut-ikut dengan budaya kafir-mengkafir sesama Islam kerana ciri-ciri itu sudah mula menusuk ke negara ini.

Menurutnya, beliau tidak akan mengizinkan budaya itu berlaku kerana ia bukan saja membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam sebaliknya memberi kesan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Jika kita ambil sikap tolak ansur terhadap gejala dan budaya ini maka negara ini akan rapuh dan tidak akan dapat bertahan. Selagi kita (Kerajaan Perpaduan) berkuasa, saya tidak akan izininkan negara ini diperkotak-katikkan atas nama agama dan kaum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI